Nama : Fauziah binti Hasan Zawawi Nombor matrik : D20102042978 Topik : Pendidikan Islam
Wednesday, 16 November 2011
Tuesday, 15 November 2011
Saturday, 12 November 2011
Saturday, 5 November 2011
Kata-kata hikmah.
Dipetik daripada buku Dr HM Tuah Iskandar Al- Haj.
Apa juga situasinya kita boleh berjaya jika kita berikan peluang kepada diri kita untuk berjaya.
Pengalaman yang melukakan adalah teladan. Tidak perlu mengingati yang telah berlalu dan terlepas sebaliknya berfikirlah ke arah hadapan dan apa yang bakal ditempuh.
Ransangan yang diberikan kepada diri sendiri adalah penunu yang akan sentiasa membakar semangat anda untuk terus berjuang.
Usah terlalu mengharapkan sesuatu yang mungkin tak tercapai dek tangan tetapi hargailah apa yang telah berada dalam genggaman.
Ramai orang mengadu kekurangan masa. Sebenarnya bukan masa yang singkat tetapi cara kerja yang silap.
Hidup ini kalau terlalu memikirkan kata-kata orang memang akan hilang selesa dan bahagia.
Sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha,delete dosa, update doa,dan to up ilmu, supaya redeem pahala.
Apa sahaja yang baik berlaku kepada kita, nikmatilah ia seadanya. Apa-apa jua yang tidak baik berlaku kepada kita, usah terlalu sedih sebab kita tidak pernah tahu penghujungnya.

Friday, 4 November 2011
KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH.
Rancangan Pengajaran Adab dan Akhlak Islamiah
Tahun :Tiga Masa :30minit Tajuk : Adab masuk dan keluar rumah
Kaedah 1. Soaljawab 3. penerangan
2. Latih tubi bacaan 4. simulasi
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah biasa dengan perlakuan masuk dan keluar rumah.
Persediaan 1. Penyediaan VCD 3. Penyediaan powerpoint
2. Menyediakan gambar 4. Menyediakan lembaran kerja
Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan adab masuk dan keluar rumah
2. Mengamalkan adab masuk dan keluar rumah dalam kehidupan seharian
Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas
Langkah / masa | Aktiviti | Catatan |
Set induksi (5minit) | 1.Guru memaparkan gambar rumah. 2.Bersoaljawab berkaitan gambar. Contoh soalan :- 1) Bilakah kita akan masuk ke rumah? 2) Apakah sebab kita keluar dari rumah? 3) Apakah yang perlu kita buat sebelum masuk ke rumah? 4) Apakah yang perlu kita buat sebelum keluar dari rumah? 3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran. | Gambar rumah. |
Langkah 1 (5 minit) | 1.Guru menunjukkan carta ayat mengenai 5 adab masuk dan keluar rumah. 2.Membaca kelima-lima adab masuk dan keluar rumah secara berkumpulan dan individu. | Carta ayat 4 kumpulan. 4 orang murid membaca secara individu. |
Langkah 2 (15 minit) | 1.Guru menerangkan satu persatu adab masuk dan keluar rumah menggunakan kaedah simulasi yang dilakukan oleh murid. 2.Penerangan dan simulasi berdasarkan bahan dalam mikrosoft Powerpoint 1. Situasi simulasi yang dilakukan oleh murid :- a) Adab masuk ke rumah:- 1. Memberi salam . 2. Baca bismillah. 3. Masuk ke rumah dengan mendahului kaki kanan. b) Adab keluar rumah:- 1. Meminta izin keluar rumah. 2. Membaca doa keluar rumah. 3. Keluar dari rumah dengan mendahului kaki kiri. | Bahan Powerpoint Adab- adab masuk dan keluar rumah. 1.Memberi salam sebelum masuk ke rumah 2.Membaca basmalah sebagai doa sebelum masuk ke rumah. 3.Masuk ke rumah dengan mendahului kaki kanan. 4.Meminta izin sebelum keluar rumah. 5.Membaca doa sebelum keluar rumah. |
Langkah 3 (3 minit) | 1.Guru menenerangkan cara menulis lembaran kerja. 2.Guru mengedarkan lembaran kerja | Lembaran kerja. -dilampirkan- |
Langkah 4 (penutup) ( 2 minit) | 1.Guru mengingatkan murid-murid beberapa perkara iaitu : a) Masuk dan keluar rumah mestilah beradab. b) Orang yang beradab akan mendapat kebaikan dan membentuk diri menjadi seorang yang baik. c) Meminta izin keluar rumah menunjukkan ketaatan anak kepada ibubapa. |
Subscribe to:
Posts (Atom)