Monday 19 November 2012

LADAP 20 NOV 2012

 Hari Selasa 20 Nov 2012, setelah seminggu menghabiskan cuti hujung tahun, kami guru-guru SKCL datang ke sekolah dengan tujuan mempelajari ICT tentang pembinaan blog, Oleh kerana saya telah memiliki blog saya catatkan sebagai penambahan isi kepada blog saya yang telah beberapa bulan tidak mendapat pengisian, Alhamdulillah setelah melepasi semester 2 PJJ, dengan blog yang ada saya dapat menambahkan info serba sedikit tentang kehidupan dan pengajian saya.
    Sekarang saya sedang menyiapkan assignment untuk sem 4, banyak subjek Pendidikan Islam yang perlu saya mentelaah untuk menyiapkan tugasan yang diberi, kDalam kekalutan dengan program hujung tahun, saya menyiapkan tugasan tersebut secara berperingkat-peringkat. Tugasan tntang Al-Mudharabah, Qard Al-Hasan, Penurunan Al-Quran dan sebagainya.

Friday 3 February 2012

Kekuatan diri

Kata orang, untuk menguatkan badan makanlah daging selalu, tapi usah terlalu kerap. Seminggu sekali cukup untuk daging merah. Kemudian pakailah haruman selalu. Psikologinya apabila berbau harum kita akan terasa lebih selesa untuk hidup. Keharuman menyebabkan kita menghirup nafas dalam-dalam dan ini membetulkan sistem-sistem saraf dalam badan . maka, tak mustahillah badan menjadi kuat.Kerap-keraplah mandi, tentunya segar dan terasa kuat seluruh badan,kalau tak mandi memang rengas dan psikologinya akan menyebabkan badan lemah dan malas.Sayangkan penglihatan, selalulah duduk menghadap kiblat dan memandang kehijauan.
Sedikit petikan dari buku Membina Jiwa serasi, Dr HM Tuah Iskandar ai-haj.

Tuesday 6 December 2011

Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru

  Saya baru selesai membaca sebuah buku yang dikarang oleh Hamedah Wok Awang, Siri Pendidikan yang diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Suka rasanya untuk berkongsi beberapa cerita dari buku tersebut yang mengandungi 89 kisah.
1.Pisau Getah Pusaka.
Saya mendapat sunggutan daripada beberapa orang guru berkenaan pelajar-pelajar yang mempunyai tabiat malas membawa peralatan sekolah. Ini memberi implikasi yang besar pada proses pengajaran dan pembelajaran.
     Ramai terutamanya pelajar lelaki datang berlenggang dengan mengepit fail. Punca sebenar tidak jelas. Kemungkinan besar, mereka hendak bergaya. Maklumlah mereka itu sudah belasan tahun, sudah boleh digelar jejaka.
     Puas saya memikirkan cara hendak menyedarkan pelajar. Pada suatu hari, semasa saya mengemas stor buruk arwah abah, saya terjumpa sebilah pisau getah usang."Alhamdulilah."
     Pada hari Isnin berikutnya, saya masukkan pisau getah arwah ayah saya ke dalam briefcase saya dan membawanya ke tapak perhimpunan. Tiba slot ucapan pengetua, saya pun membuka briefcase saya dan mengeluarkan pisau getah itu.
     Terbeliak mata masing-masing.
    "Jangan terperanjat! Saya tidak tersalah tempat, saya memang datang berbekalkan briefcase dan pisau toreh ini," kata saya.
    Saya berkata lagi, "Briefcase ini memang penuh dengan peralatan saya. Hari ini saya tambah pisau getah buruk arwah abah saya bagi menunjukkan sedaif-daif arwah abah saya dia tahu membawa pisau yang siap diasah setiap petang sebagai alat menyempurnakan tugas setiap pagi pergi menoreh."
     " Tanpa alat, kerja tidak menjadi, tidak kira apa pekerjaan sekalipun. Mulai hari ini, kalau saya dapat aduan ada pelajar datang berlenggang ke sekolah, saya toreh kamu dengan pisau ini," ugut saya.
      Syukurlah, semenjak itu masalah berkurangan dan tidak ada pelajar mati tertoreh pisau getah pusaka arwah ayah saya.
2."Kalau Tidak Suka Kelas Saya..."
Sebagai seorang guru yang baru, saya kadang kala menghadapi masalah, terutama menarik perhatian pelajar pada pengajaran saya. Lambat ada tarikan di luar sedikit, mulalah mata memandang keluar. kadang kala mereka nampak acuh tak acuh saja.
       Saya rasa jaki dengan cikgu Abd. Jalil Yusof atau lebih dikenali sebagai Cikgu ya. beliau sentisa mendapat perhatian pelajarnya. Suatu hari, semas terserempak dengannya di kantin saya memberanikan diri saya menanya Cikgu Ya berkaitan petuanya mengawal kelas.
       Sambil menyuap mee gorengnya, Cikgu ya menjelaskan, " I senang saja. Kalau ada nampak pelajar tidak memberi perhatian, I cabar, kalau tidak suka kelas saya, kamu boleh keluar. Tentu dia orang tidak berani."
       Minggu berikutnya saya berpeluang mencuba petua yang saya dapat daripada Cikgu Ya. Di padang kelihatan sekumpulan pelajar bermain dengan riang gembira.Pelajar mula hilang tumpuan. Saya pun mencabar mereka, "boys, kalau tidak suka kelas saya, kamu boleh keluar."
       Apa lagi seorang demi seorang kelihatan mahu bangun hendak keluar. Saya pula naik panik.
      " Jangan...Jangan keluar," kata saya separuh memujuk.
      Mujurlah pelajar saya masih boleh mendengar kata. kalau tidak, tidak tahulah apa yang akan terjadi. Silap-silap diarah menghadap pengetua