Tuesday 6 December 2011

Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru

  Saya baru selesai membaca sebuah buku yang dikarang oleh Hamedah Wok Awang, Siri Pendidikan yang diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Suka rasanya untuk berkongsi beberapa cerita dari buku tersebut yang mengandungi 89 kisah.
1.Pisau Getah Pusaka.
Saya mendapat sunggutan daripada beberapa orang guru berkenaan pelajar-pelajar yang mempunyai tabiat malas membawa peralatan sekolah. Ini memberi implikasi yang besar pada proses pengajaran dan pembelajaran.
     Ramai terutamanya pelajar lelaki datang berlenggang dengan mengepit fail. Punca sebenar tidak jelas. Kemungkinan besar, mereka hendak bergaya. Maklumlah mereka itu sudah belasan tahun, sudah boleh digelar jejaka.
     Puas saya memikirkan cara hendak menyedarkan pelajar. Pada suatu hari, semasa saya mengemas stor buruk arwah abah, saya terjumpa sebilah pisau getah usang."Alhamdulilah."
     Pada hari Isnin berikutnya, saya masukkan pisau getah arwah ayah saya ke dalam briefcase saya dan membawanya ke tapak perhimpunan. Tiba slot ucapan pengetua, saya pun membuka briefcase saya dan mengeluarkan pisau getah itu.
     Terbeliak mata masing-masing.
    "Jangan terperanjat! Saya tidak tersalah tempat, saya memang datang berbekalkan briefcase dan pisau toreh ini," kata saya.
    Saya berkata lagi, "Briefcase ini memang penuh dengan peralatan saya. Hari ini saya tambah pisau getah buruk arwah abah saya bagi menunjukkan sedaif-daif arwah abah saya dia tahu membawa pisau yang siap diasah setiap petang sebagai alat menyempurnakan tugas setiap pagi pergi menoreh."
     " Tanpa alat, kerja tidak menjadi, tidak kira apa pekerjaan sekalipun. Mulai hari ini, kalau saya dapat aduan ada pelajar datang berlenggang ke sekolah, saya toreh kamu dengan pisau ini," ugut saya.
      Syukurlah, semenjak itu masalah berkurangan dan tidak ada pelajar mati tertoreh pisau getah pusaka arwah ayah saya.
2."Kalau Tidak Suka Kelas Saya..."
Sebagai seorang guru yang baru, saya kadang kala menghadapi masalah, terutama menarik perhatian pelajar pada pengajaran saya. Lambat ada tarikan di luar sedikit, mulalah mata memandang keluar. kadang kala mereka nampak acuh tak acuh saja.
       Saya rasa jaki dengan cikgu Abd. Jalil Yusof atau lebih dikenali sebagai Cikgu ya. beliau sentisa mendapat perhatian pelajarnya. Suatu hari, semas terserempak dengannya di kantin saya memberanikan diri saya menanya Cikgu Ya berkaitan petuanya mengawal kelas.
       Sambil menyuap mee gorengnya, Cikgu ya menjelaskan, " I senang saja. Kalau ada nampak pelajar tidak memberi perhatian, I cabar, kalau tidak suka kelas saya, kamu boleh keluar. Tentu dia orang tidak berani."
       Minggu berikutnya saya berpeluang mencuba petua yang saya dapat daripada Cikgu Ya. Di padang kelihatan sekumpulan pelajar bermain dengan riang gembira.Pelajar mula hilang tumpuan. Saya pun mencabar mereka, "boys, kalau tidak suka kelas saya, kamu boleh keluar."
       Apa lagi seorang demi seorang kelihatan mahu bangun hendak keluar. Saya pula naik panik.
      " Jangan...Jangan keluar," kata saya separuh memujuk.
      Mujurlah pelajar saya masih boleh mendengar kata. kalau tidak, tidak tahulah apa yang akan terjadi. Silap-silap diarah menghadap pengetua

Saturday 5 November 2011

Kata-kata hikmah.

Dipetik daripada buku Dr HM Tuah Iskandar Al- Haj.

Apa juga situasinya kita boleh berjaya jika kita berikan peluang kepada diri kita untuk berjaya.

Pengalaman yang melukakan adalah teladan. Tidak perlu mengingati yang telah berlalu dan terlepas sebaliknya berfikirlah ke arah hadapan dan apa yang bakal ditempuh.

Ransangan yang diberikan kepada diri sendiri adalah penunu yang akan sentiasa membakar semangat anda untuk terus berjuang.

Usah terlalu mengharapkan sesuatu yang mungkin tak tercapai  dek tangan tetapi hargailah apa yang telah berada dalam genggaman.

Ramai orang mengadu kekurangan masa. Sebenarnya bukan masa yang singkat tetapi cara kerja yang silap.

Hidup ini kalau terlalu memikirkan kata-kata orang memang akan hilang selesa dan bahagia.

Sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha,delete dosa, update doa,dan to up ilmu, supaya redeem pahala.

Apa sahaja yang baik berlaku kepada kita, nikmatilah ia seadanya. Apa-apa jua yang tidak baik berlaku kepada kita, usah terlalu sedih sebab kita tidak pernah tahu penghujungnya.

Friday 4 November 2011

KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH.

Rancangan Pengajaran Adab dan Akhlak Islamiah
Tahun :Tiga                                                                                                                                                                    Masa   :30minit                                                                                                                                                             Tajuk   : Adab masuk dan keluar rumah  
Kaedah         1. Soaljawab                   3. penerangan
                      2. Latih tubi bacaan      4. simulasi
Pengetahuan sedia ada :  Murid-murid telah biasa dengan perlakuan masuk dan keluar rumah.
Persediaan     1. Penyediaan VCD                3. Penyediaan powerpoint
                      2. Menyediakan gambar       4. Menyediakan lembaran kerja
Hasil Pembelajaran
1.       Menyatakan adab masuk dan keluar rumah
2.       Mengamalkan adab masuk dan keluar rumah dalam kehidupan seharian
Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas

Langkah / masa                        
                                                                   Aktiviti
Catatan
Set induksi         (5minit)                  

1.Guru memaparkan gambar rumah.
2.Bersoaljawab berkaitan gambar.
Contoh soalan :-
1)      Bilakah kita akan masuk ke rumah?
2)      Apakah sebab kita keluar dari rumah?
3)      Apakah yang perlu kita buat sebelum masuk ke rumah?
4)      Apakah yang perlu kita buat sebelum keluar dari rumah?
3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.


Gambar rumah.

Langkah 1          (5 minit)
1.Guru menunjukkan carta ayat mengenai 5 adab masuk dan keluar rumah.
2.Membaca kelima-lima  adab masuk dan keluar rumah secara berkumpulan dan individu.

Carta ayat

4 kumpulan.
4 orang murid membaca secara individu.

Langkah 2        (15 minit)






1.Guru menerangkan satu persatu adab masuk dan keluar rumah menggunakan kaedah simulasi  yang dilakukan oleh murid.
2.Penerangan dan simulasi  berdasarkan bahan dalam mikrosoft  Powerpoint
1.       Situasi  simulasi yang dilakukan oleh murid :-
a)      Adab masuk ke rumah:-
1.       Memberi salam .
2.       Baca bismillah.
3.       Masuk ke rumah dengan mendahului kaki kanan.
b)      Adab keluar rumah:-
1.       Meminta izin keluar rumah.
2.       Membaca doa keluar rumah.
3.       Keluar dari rumah dengan mendahului kaki kiri.

Bahan Powerpoint
Adab- adab masuk dan keluar rumah.
    1.Memberi salam sebelum masuk ke    rumah
   2.Membaca basmalah sebagai doa sebelum masuk ke rumah.
     3.Masuk ke rumah dengan mendahului kaki kanan.

    4.Meminta izin sebelum keluar rumah.
  5.Membaca doa sebelum keluar rumah.

Langkah 3             (3 minit)
1.Guru menenerangkan cara menulis  lembaran kerja.
2.Guru mengedarkan lembaran kerja
Lembaran kerja.
-dilampirkan-
Langkah 4            (penutup)
( 2 minit)
1.Guru mengingatkan murid-murid beberapa perkara iaitu :
a)      Masuk dan keluar rumah mestilah beradab.
b)      Orang yang beradab akan mendapat kebaikan dan membentuk diri menjadi seorang yang baik.
c)       Meminta izin keluar rumah menunjukkan ketaatan anak kepada ibubapa.